Saturday, February 21, 2009

Heh.

Jangan layan sangat, nanti sakit.
Jangan buat macam tu, tak baik.

Tapi, sampai bila?



RawakPelbagai: Keadilan kot supaya takde siapa terasa. Kau paham? Aku pun tak paham.

Aku di Tag. Tapi tak nak tag orang.

Rules: Once you’ve been tagged, you are supposed to write a note with 25 random things, facts, habits, or goals about you. At the end, choose 25 people to be tagged. You have to tag the person who tagged you. If I tagged you, it’s because I want to know more about you...

1) Seorang yang emo. Haha. Pernah la jugak cuba buang perangai ni, tapi tak boleh la..sekarang ni pon tengah emo dgn kawan2. Adehh. Nasib la dah abis exam. Masalah dtg bertimpa2.

2) Aku rapat dgn mak dari ayah. Tapi sayang dua dua okay. Aku senang sangat menangis kalau pasal mak. Rindu pun nangis, padahal macam la xleh balik rumah. Haha. Aku pon senang nangis Kalau lepas jumpa dia kat tempat keja beliau (ketara lemah bertatabahasa). Padahal baru je lepas jumpa. Memang kau anak emak nyahhh.

3) Aku senang berkawan, tapi susah nak cari yang sekepala dan boleh paham aku dan masalah aku. Pathetic gila.

4) Macam tak percaya yang aku dah nak masuk 22 dan layak dah kalau nak jadi hak orang. Tapi seriously, aku tak reti nak buat keje-keje orang perempuan yang dah kawin. Haha. Paham paham sendiri sudah. Malu aku nak sebut *tau pon kau malu maaakkkk

5) Cepat tangkap. Bukan tangkap bola, basah atau udang. Apatah lagi serkap jarang. Senang cerita aku jarang sangat lah pending kalau tengah borak borak dengan orang. Haha *aku tau kau jeles ros

6) Kenyataan di atas dikukuhkan lagi dengan bukti bukti seperti masa aku belajar ambik lesen kereta dulu. 1st day aku pergi bengkel 5jam tu dan 1st day tu jugaklah aku start pegang stereng kereta dah boleh bawak dengan kelajuan 400km/j. Eh eh. 40km/j. Okay..tenaga pengajar tuh dah cuak sebab dia tau aku 1st time bawak kereta. Jadi pape kang naye ko nyaahhh. *sila bayangkan perasaan aku ketika dipuji pada saat itu

7) Bukti kedua disusuli dengan kejadian di kedai kontek La Senza. Eh eh. Sengaje kau buat salah eh. Kontek lens. Masa tu aku baru nak berjinak jinak dengan dunia kontek nih. Cina tu pun ajar la cam ne nak pakai. Lalu, dengan senang nya, berjaya la aku mengaplikasi kannya di depan beliau. *Wahh, u ni amoi macam dah biasa pakai je. Kalau orang lain sudah takot takot maaa* kalau saya tau cara takde saya datang sini woo*

8) Sedang mencari pasangan hidup. Eh salah salah En. Izuan. Mencari sahabat susah dan senang bersama. Haha. Emo lagi kau *takde sape pun nak kawan dengan aku nih. Wahhh. Kau jadi pathetic lagi. Ain, kelihatan sangat aku merindui kau sayang. Berapa kali dah aku sebut pasal kawan ni.

9) Bercita cita untuk menurunkan berat badan (yang ini bukan azam kerana tiada usaha)

10) Susah nak buat keputusan. Nak mule study ape untuk midsem pun boleh tanya housemate. Aku memang begini *tolong jangan membayangkan betapa lembab nya aku dalam bab bab camni

11) Tak faham dengan diri sendiri kerana boleh jadi paranoid dalam bila bila masa.

12) Tak boleh study atau fokus lebih dari sejam. Boleh jadi hilang arah selepas itu dan akan membuat perkara perkara yang tak terjangka. Ini bukan simptom halusinasi tapi kenyataan itu bermaksud seperti mungkin aku akan lebih buang masa dengan melakukan sesuatu yang ambik masa lebih dari masa aku study. Haha. Patut la kau tak boleh jadik scorer.

13) Lembab buat kerja menyebabkan aku selalu ketinggalan dari rakan rakanku yang lain. Saiz badan terbukti menunjukkan bahawa ia tak mempengaruhi kelajuan kerja masing masing.

14) Penyayang, romantika di bulan madu lagu febret Segeh *saya perasan.

15) Tak menangis waktu zaman zaman Tadika di Tadika Kemas. Dan rahsia besar, aku di admire seseorang waktu tu. Hahahaha. Kelakar dohff.

16) Lupe nak sebut aku penah jadi ketua koir waktu tadika tu. Hahaha. Nyanyi lagu patriotik beb. Ala, lagu kempen 'Jangan Mendera Anak Anda' masa 90-an tu. Ingat lagi tak kawan kawan?

17) Teringin nak pergi belajar instrument especially piano and gitar. Tolong jangan bayangkan. Yuna, sila cari aku bila kau baca ni. Haha.

18) Jadi kebanggaan Atok yang ajar mengaji masa kecik kecik dulu. Wakaka. Mesti korang annoying sebab aku suka perasan dan puji diri sendiri. Ini FAKTA dohhf.

19) Teringin menyertai Pasukan Koir KTSN.

20) Menerima bahana makanan laut. Hambik kau. Minat udang lagi. Sekarang tajuk tesis kau pun udang jugak. Artemisia salina. Sayang kau.

21) Cerita aku da habis. Kau?



Saya berjaya menyiapkan Tag Kak Chidah!!



RawakPelbagai: I will away from YOU :(