Monday, May 4, 2009

Packing barang la wehh apakes?

Malam ni malam untuk PDS packing barang barang tapi biasalah kan mesti wajib delay 3-4 jam. Paling lama sehari. Ya. PDS buat keje lembab. Lembab dari housematenya. Ha Ha. Malu malu semua housemates kau dah siap kemas ah. Ada yang dah nak balik pun lusa! Woh woh sedih sedih meninggalkan kalian semua sayangkuuu. Hahaha. Berangan je PDS ni eh keje tak siap suka berangan pulak ye. Biasa dia ni.

Si pemilik segehsayangkamu, aku pasti rindukan kekekan kamu tiap tiap hari. Tu lah mintak tempat jauh lagi kat seberang laut buat apa kan kita semua dah terpisah. Eceyhh. Biar ah ngan dia PDS. Dia buat dekat dengan rumah dia lagi best. Dekat dengan famili best apa. Tsk. Tsk. Saya akan merindui kamu semua keluarga. Tsk. Mak dan ayah jangan lupakan anakanda yang jauh di pantai timur. Nanti saya kirim surat dan gambar buat tatapan keluarga untuk lihat keindahan Negeri Serambi Mekah. Kepada adik ku yang baru jatuh motor, haaa tu tanda tanda kau tak cukup layak nak bawak motor lagi oleh itu kakanda disini serta merta reject loan kau nak beli motor.

Manakala buat Piqa, Wani dan Ros, kita jumpa kat sana nanti ye. Tunggu aku tau. Haha kau Ros tak payah tunggu sebab aku dengan muka tebal akan ikut kau sekali kan. Haha. Terima kasih pakcik dan makcik tak ketinggalan Ros sekali sebab sudi terima kehadiran saya. Sob sob. Kepada Izni, kau berhati hati kat sana yer supaya maintain kecil molek aku tau balik nanti aku tak nak dengar cerita mak kau teman kat cafe hospital time lunch sampai sebulan! Biar orang kata badan comel suara comel tapi hati kena besar dan berani okay. Malu aku nanti. Hihihi.

Okay lah. Esok ada briefing tapi hati menganggap pura pura tiada briefing. Dah lah ada blind date pulak lepas tu. Isk isk kan dah tak comel kalau ade mata macam panda. Eeeee perasan sangat lu ni nyahh.
Baiklah. Janji akan tutup laptop lepas ni. Janji (mintak mintak janji tertunai). Janji tutup je tapi tak shut down. Hihihi.

Friday, May 1, 2009

Klik sini untuk letak title

Bijou suka buat aku geram + sakit hati.
Tunggu aku kejap je lagi.
Exam aku isnin je wehh.
Postpone la dulu sampai aku datang.
Aku nak pegi wehh. Tsk. Tsk.


Tak sampai setengah jam kau dah buat post baru PDS. Baru bace 2 slide. Haha. OK. Benti kejap nanti Piqa marahh. Hahaha. Takot takot sebab dia suruh saya setadi bukan main laptop.

RawakPelbagai: Haaaaa kau kan nak aku update sangat nyahhhh. Bai!

Membayangkan nota gene therapy macam tiket pegi Kedah


Bila semua orang dah eksaited nak balik.
Aku pun tanak ketinggalan jugak. Padahal exam tak habis lagi.
Baiklah. Paper tinggal satu. Ulang lagi tinggal satu. Tapi tak payah ah PDS nak seronok sangat LI kau setat lagi seminggu. Tsk. Tsk. Babai Selayang. Babai buah hati. Eh i mean mak ayah adik pakcik depan umah yang rajin tegur saya di fakulti. Hihihi.


OK Kedah. Here i comeeeeeee!! Cehhh. Mesti lalu Kelantan dulu sebab praktikal kau kat Kubang Kerian ah wehh. Lepas Kelantan mesti Kedah. Mesti. Mesti.

Stop berangan PDS. Sila sambung note GENE THERAPY.