Tuesday, December 30, 2008

Tips untuk meletak kereta di parking lot shopping mall

Post ini khas untuk membantu orang eh memang la orang kan takkan gajah dan mentadak mentadu boleh memandu pulak kan. Ok, abaikan yang tadi. Saya tahu ramai yang bermasalah nak letak kereta di mana mana shopping mall kan? Lebih lebih lagi di Midvalley. Kena pulak hari minggu tak pun public holiday. Rasa macam nak mencarut carut. Memang dah mencarut pun. Masa nak cari petak lagi lama dari perjalanan dari rumah saya ke Bangsar! Kalau buat cempedak goreng kat rumah mesti da siap makan sampai kenyang kenyang, siapa yang makan biji buah cempedak tu memang dah siap kentut lah. Mungkin ada segelintir dari kamu yang handal la kan cari petak. Fuyyoo. Dashyat dasyhat. Tak payah jakun. Jika kamu orang itu, sila abaikan tips yang takde gunanya untuk kamu yang handal. Eceyyhh. Tips yang tersenarai mungkin dah biasa bagi kamu, tak pun macam entah apa apa la kan. Tapi kalau di praktik kan, kamu boleh jimat masa dan tak kan ketinggalan menonton wayang bersama si dia mahupun rakan rakan dan keluarga dan bermanfaat kepada yang beli tiket secara online sebab tak cukup masa nak pegi collect tiket kat reservation counter tambah pulak dah terlewat dengan bala tinggal kat KL sebab jammed. Kan tak rugi RM22 kalau tengok wayang 2 orang la. Saya dah jauh menyimpang, mari teruskan dengar saya membebel kepada yang berminat.

1. Bawa kereta yang kecil macam kelisa atau kancil contohnya, kalau ada mini cooper pun boleh. Ada manfaatnya bawa kereta kecil ni sebab kalau dah terdesak atau nyaris nyaris tertekan, kamu boleh letak je kereta kamu tu kat tempat yang takde petak. Maksudnya, tempat tu tempat tak sepatutnya la kan. Tapi kalau port dah cantik, dekat pulak dengan entrance, takde kereta menghalang kiri kanan depan mahupun belakang. Lagi best kalau tempat tu takde zon bahawa kereta kamu bakal di clamp. Amaran: Midvalley dah start buat zon clamp. Haha. Gila kuno kau ni. Dulu dulu dia tak buat lagi tau. Tapi sejak zaman bila entah dia buat. Kalau nak buat jugak berhati hatilah. Digalak kan buat untuk pemilik kereta mini cooper sebab korang banyak duit. Tapi kalau kena clamp jangan cakap saya ajar. Haha.

2. Kalau nampak orang lalu ke arah kereta bukan menuju entrance, follow mereka senyap senyap tapi line kena cover jugak supaya tak malu kalau mereka bukannya nak keluar atau tak jadi nak keluar takpun petak mereka dah diambil oleh kereta lain. Cis, bedebah. Kalau kebetulan orang yang nak keluar tu kenalan kamu, tegurlah mereka dari dalam kereta dan tanyakan mana kereta mereka lalu menuju ke tempat tersebut. Katakan juga pada mereka bahawa kamu sudah lambat atau apa apa alasan munasabah supaya mereka dapat reserve bakal petak baru kamu dan geleng kepala pada kereta yang datang lagi awal dari kamu. Perkataan cop kan lagi senang faham. Takpe. Saje nak panjangkan post.

3. Berhenti di mana mana petak yang berpotensi akan keluar dari petak tersebut. Seperti orang tu dah siap bukak pintu dan menyimpan barang di dalam but kereta. Eceyyy. Cara ni dah praktikal kat orang la weyyyy. Haha. Berguna jugak pe tips ni. Kalau tak macam mana orang nak letak kereta kan.

4. Berhenti kat mana mana kereta yang ada orang kat dalam. Tak kisah lah orang tu nak keluar ke tak. Untung kamu kalau orang kat dalam tu tengah tunggu driver bayar duit parking kat autopay. Salah satu usaha jugak kan?

5. Suruh penumpang yang mengikut kamu tu turun dan jaga petak yang ada kat kawasan berhampiran sambil anda cari petak di tempat lain. Mungkin ada petak kosong bila anda blah meninggalkan dia. Sebelum tu jangan lupa pesan untuk menghubungi anda bila dah ada petak kosong. Sambil tengah tunggu kereta kamu tiba, pandai pandailah cari muslihat bahawa petak tu kamu yang punya seperti buat buat sawan ke.

6. Kalau tak berjaya jugak cari petak dalam masa yang singkat apabila semua langkah diatas telah diambil, berjanjilah pada diri yang kamu dah serik untuk datang ke situ lagi dengan menaiki kereta dan gunalah alternatif lain seperti menaiki motosikal ataupun menggunakan pengangkutan awam. Haha. Nampak sangat dah takde idea dah ni weyyy. Tapi logik ape tips tu.


Selamat mencuba!
ohh. aku terlupa aku ade blog. lama gila tak update padahal bukan nya sibuk pun. masa nak exam boleh pulak kan post entry.
ohh lagi sebab sem baru da mula.
ahhh. tak suka. sila benci saya sebab malas belajar.