Wednesday, July 7, 2010

Aku nak ka-ching $$$! Siapa-siapa yang sudi nak taburkan duit kat aku tak? (duit syiling tak diterima :P)

RandomPelbagai: Black & white is a good combination kan? Cantik. Hihi

Dunia Baru Reunion

Aku nak recommend kat korang satu cerita baru iaitu Dunia Baru Reunion. Baru je kejap tadi aku habiskan 1 sampai 14 episod cerita ni. Sangat kelakar okay. Terbahak-bahak aku dalam bilik ni sorang-sorang tengah-tengah malam macam ni. Try cover gelak sebaik mungkin sebab tak nak kacau mak aku yang tengah syok tidur :P Sumpah lawak macam korang tak boleh nak describe definasi lawak. Okay merepek disitu. Pelakon sumpah best, very talented. Cerita ni hanya ada kat Gua.com.my jer. Tak panjang pun setiap episod. Highly recommended la weh.

Part ni memang lawak cam vavis :)))

RandomPelbagai: Nak layan Germany VS Spain, tapi takde geng. Okay nak tidur! =D

Monday, July 5, 2010

Eh baru perasan Nuffnang Ads aku hilang boleh? Adoyaiii. Lepas tu sejak bila la aku bela mengkarung hijau kat blog ni. Hahaha takpe2, bagi korang aware sikit untuk bagi komen okeh. Daa~

Berkulat sudah belog saye

Fuhh rasa macam suci sangat bila guna new template from blogger ni. Suci dalam debu lagi gebu. Dah lama tak merepek kat sini. Bila ada idea, dtg pada waktu tak sepatutnya. Masa drive la, tengah makan la, masa tengah mandi la (wopss!). Lepas tu time kita nak menaip terus blank. Anyway, aku tengah takde kerja sangat la ni nak try design layout baru ni. Boleh tahan laa macam agak moden. Kalau nak merapu mcm tak sesueeeii. Haha ada aku kesahhh.

Masa tengah cuti ni macam2 benda aku nak buat. Haa salah satunye nak belajar memasak! Nak jadi anak dara sejati katakan. Baru lah takde angan2 kosong kan kalau berangan nak ngorat sape2 pon (am i looked desperate?) -.-'' By the way haha aku ni takde la zero sangat bab masak. Ececey cover baik wehh. Benda2 simple untuk orang bujang macam buat sup sayur, sayur goreng, nasi goreng (dan apa2 yang melibatkan pekerjaan 'goreng'), ayam masak kicap, sambal ikan bilis n macam2 la yang simple. Tapi tolong la jangan nak suruk aku masak patin masak tempoyak, gulai lemak masak cili api, pari masak asam pedas, kari ikan tongkol dan adik-beradik dia. Memang fail. Bukan fail sebab tak sedap. Tapi tak penah buat praktikal. Baru tau teori je hohoho. Kan dah malu bila korang dah tau auwww.

Dari segi bakery (omaigod tak boleh skema lagi ke), aku dah try buat cupcake! weehhoo! Pueh hati den pueh! Decoration nya aku puas hati la untuk 2nd trial ni. FY1, my 1st trial masa vacation kat Kuching dulu. Hihihi. Gambarnya nanti aku upload at the next post eh. Next project pulak, nak mengasah lagi skill baking Choc moist cake. Nak buat sampai jadi macam niiiiiii. So tempting woihhhh!



Mouth watering! Mouth watering!


Nampak tak topping coklat dia meleleh tu beb...! Moist gila kan kek diaaa. Cayalahh. Yang ni kawan aku yang buat. Aku amik dari Facebook dia. Credit to Mummy Piqa ^^

Bila entah nak try lagi. Sebab aku pun tengah sibuk dok cari part-time job ni. Nanti senang2, aku buat lepas tu nak bagi korang tempting pulak. Muahahaha. Ok see u then bila kulat kat blog ni tumbuh balik yeh babeyh! =D