Wednesday, September 22, 2010

Post takde motif

Rasa macam nak menulis.
Tapi
Tak tau nak tulis apa. Hee

*kecelaruan idea*

Saturday, August 14, 2010

Nak main masak-masak jugak

Yeahh mari mari kita update blog. Aku kalau dah rajin ni maknanya ade la yang meng'induce' aku ke arah niat murni ni. Tak lain tak bukan, blogwalking! Terima kasih blogwalking kerana buat saya rajin untuk update blog. Kali ni aku tengah rajin tengok blog blog masakan. Sungguh anda tak percaya? Sila percaya sekarang. Kerana sesungguhnya, kalau anda percaya saya bagi sebiji kek hasil air tangan saya muahaha. Okay ini gurauan. Jangan tuntut betul betul!

Aku suka tengok orang masak masak, lepas tu upload gambar yang menyentap perasaan aku. Sedap kot weh! Tapi buat masa ni aku hanya berminat untuk bakery dan pasta je. Heh. *Sungguh berlagak Western*. Eh bukan berlagak mat saleh, tapi ada sorang je sifu terhebat yang boleh ajar aku masak masakan kampung nih. Tak perlu blog, tak perlu buku resipi, EMAK saya sudah cukup terer ye puan puan. Yeah semua mak korang pandai masak gak benda2 macam tu kan? Sayaaaaaaang mak. Cepat peluk mak anda yang tengah tidur sekarang cakap sayaaaaang mak.

Resipi dah banyak terkumpul, tapi masa praktikal belum lagu. Hihihi. Ohh serius sungguh seronok tengok orang reti masak2 ni. Kau main je campak2 bahan dalam periuk ting tang ting tong tadaaaaa! Siap sudah lagi enak woo! Tapi orang yang macam ni banyak belajar dari pengalaman kan. Kalau nak jadi macam diorang, kau kena la rajin ke dapur dik non. Dah terer masak boleh pikat hati mak mertua. Auw mesti seronok kan kalau kita masak sedap2, bagi sang suami makan. Memang lekat kat rumah you! Suami tambah sayaaaaaaaaaang uolssss. Hihi takpe angan2 boleh jadi kenyataan hakhak~!

Sape sape yang suka try masakan baru, korang boleh klik kat link sini . Okay jumpa lagi di lain episod dalam Ketuk-ketuk Ramadhan ye puan-puan. Selamat berpuasa! =D




Thursday, August 12, 2010

Saya dah grad!

Salam Ramadhan. Hari ni hari ke-2 dah berpuasa. Dan hari ke-5 jugak lah aku bergelar graduan UKM. Yeahhh I like! Syukur Alhamdulillah. Setelah banyak halangan yang aku kena tempuh untuk konvo pada tahun ni. Special thanks untuk mak n ayah yang melahirkan aku kat dunia ni. Tanpa susah payah kalian, aku tak mungkin boleh jadi sampai tahap sekarang. Susah payah ayah mintak cuti sebab nak raikan kejayaan anak dia ni. Cewahh. Kepada Ain, Rashdan n Munie, mekacih sudi datang. Really appreciate it! Yanie, doa dari kau dah cukup bermakna untuk aku teruskan perjalanan aku ni. Lebiu yang~Mekacih jugak to my sedara mara yang banyak bagi sokongan n nasihat selama ni. Especially to my beloved Mak Ngah! Allah saja yang dapat balas budi baik mak ngah. Syukur...

Kepada teman-teman kat kolej dulu especially Piqa, Izni, Ros, Wani n Ila, thanks a lot for our great moment. Takkan lupa sampai bila2. Segala bantuan untuk manusia yang sangat malas ni sangat lah aku hargai ngeh ngeh ngeh. Mintak maaf sangat sangat kalau ada perangai aku yang tak senonoh keluar. Muahaha aku pun dalam usaha nak perbaiki diri ni. Doakan aku jadi rajin lepas ni tau!! Mudah-mudahan kita boleh jumpa lagi masa PRP nanti!

Special thanks jugak kepada senior senior yang banyak bagi nasihat n tunjuk ajar, especially Kak Chidah, Kak As n Kak Ida. Moga kita jumpa kat masa kitorang PRP nanti eh. Hehe. Sekalung penghargaan jugak kepada cikgu cikgu yang mengajar aku dari Tadika Kemas Selayang Baru, SRK Selayang Baru (1), SMK Selayang Baru (1), Kolej Matrikulasi N.Sembilan dannnnnn pensyarah pensyarah UKM, Fakulti Farmasi khususnya. Wah ayat apesal skema tiba-tiba*

Kepada kamu (you know exactly who you are), thanks jugak yer sebab selalu berada disisi ketika saya down dan emo. Dari awal masuk U sampai habis, kamu tak putus putus bagi semangat, teman saya study, dan marah saya bila saya malas belajar hakhak. Saya sangat hargai!

Baju harus matching okayh!

Rashdan n Ain. Mekacih!

Reunion 6 of us. Caption tak boleh blah~



Masa sidang Budak FST haha :D


Gambar glowing harus LIKE sekarang.

Cantik! Tapi boleh lagi thrill dari ni. Boley la dari takde



Rx Yakugakusei 06'-10'. Will missing you guys tsk tsk T__T

Sunday, August 8, 2010


Alhamdulillah. Masa yang ditunggu akhirnya tiba. Penat gila hari ni. Tapi berbaloi sangat. Ni quick update je. Kalo aku rajin aku update lagi. Ngeh ngeh ngeh




Friday, August 6, 2010

When ''cat'' walk on the blog


Meow~meow~YESS. Kucing! I very likey kucing like helllll! Lebih-lebih lagi anak kucing. Comel gila tau diorang ni. Lagi pulak time tengah buat muka menonong wahh sumpah ko paling comel dalam dunia. Macam Puss In Boot dalam cerita SHREK. Kan? Aku teringinnnnn sangat nak bela kucing ni. Tapi since keadaan rumah aku yang tak mengizinkan aku berbuat demikian, terkuburlah hasrat wuuuu. Tambah lagi ayah aku tak suka kucing. Sebab diorang suka beyak merata-rata.

Aku ada cerita best pasal kucing masa kecik kecik dulu. Memang tak boleh lupa laa. Kelakar pun ada. Nanti aku cerita kat post lain ek. As for now, nak tunjuk kat korang pic anak-anak kucing yang comellll gilaaa hemoh hemoohhh weh.


Auwwwwww cute berbilion bilion


Olololololo innocent je kau kan?! Geram geram!


Are you flirting me babyyyyy?!!


Hemoh hemohhh macam doll yang meow meow kat pasar malam tu je kann


I'm looking someone (guys okay) yang sangat sayangkan kucing sebab one day I'm dreaming to bela diorang ni kat our home sweet home hehehe. Share everything together termasuk interest macam sweet kan? Wah wahh verangan. Anyway tak kisah la macam mana pun orangnya tapi kalau ada ciri ciri ni memang bonus lah! Auww


p/s: Perasan tak uolss pic ni diamik dari web mudah.my? Hehe. Yeah saje nak tengok kot2 ada orang baik hati nak buat cat adoption kan :P

Thursday, August 5, 2010

Kahwin? Siapa nak kahwin?!

Sungguh lame tak update. Hehe. Tadi baru je tengok pic orang kahwin. Lepas tu perasaan dah bercampur baur. Yang peling obvious sangat jeles okehh! Gambar sangat cantik, dengan posing yang of course merentap jiwa. Muahaha kenapa la nak jeles dengan orang yang tak kenal kan. Ish3.. syooh3 this feeling. Hmm tapi normal kan perasaan macam ni. Orang yang tengah single atau yang tengah berkasih pon mesti ada perasaan yang macam ''Eee bila turn aku nak kawiiiinnnn!'' Haep haep jangan tipu. Semua perempuan yang dah menjangkau 20-an apetah lagi yang dah bekerja mesti rasa macam ni. Lagi-lagi kalau tengah solo. Sungguh down rasa kan? Kan? Yes ada geng! Bak kata Ain, ''apa ada hal, kalau ada jodoh ada la nanti. Tak perlu la nak emo lebih lebih''. Pang! Terkena dah aku. Dia pun dah naik lemas bila tengok aku emo tak tentu pasal sebab takde bf. Hahaha sorry geng. Selagi aku single, ko kena hadap la perangai aku ni ek.

Oh ya, saya memang agak emosi bila cerita bab perasaan. Lebih tepat soal hati. Contohnya macam tengah tengok drama cintun2 ni, macam Nur Kasih. Memang serius wa cakap lu, mata tak boleh berkelip tengok benda lain. Khusyuk habis la. Ko jangan la nak sibuk2 borak dengan aku time ni. Sumpah aku tak layan sepenuh jiwa raga. Masa tinggal kat kolej tahun lepas kan cerita ni tengah top, tempat VVIP depan TV memang aku punya la. Dalam tengah syok ramai-ramai memang aku paling emosi. Muahaha, semua perencah ada. Geram, marah, sedih dan happy secukup rasa. Bab meleleh toksah cerita la. 1 of my housemate pun cakap aku emo sangat. Padahal drama je. Baru feel beb layan sepenuh hati.

Hahaha okay sangat tak sabar nak tunggu NUR KASIH THE MOVIE! Review next time pulak ye. Bubye!

Monday, August 2, 2010

When I see AFGAN, U'll cross my mind. I think I like you moreee. Hmmm.

Wednesday, July 7, 2010

Aku nak ka-ching $$$! Siapa-siapa yang sudi nak taburkan duit kat aku tak? (duit syiling tak diterima :P)

RandomPelbagai: Black & white is a good combination kan? Cantik. Hihi

Dunia Baru Reunion

Aku nak recommend kat korang satu cerita baru iaitu Dunia Baru Reunion. Baru je kejap tadi aku habiskan 1 sampai 14 episod cerita ni. Sangat kelakar okay. Terbahak-bahak aku dalam bilik ni sorang-sorang tengah-tengah malam macam ni. Try cover gelak sebaik mungkin sebab tak nak kacau mak aku yang tengah syok tidur :P Sumpah lawak macam korang tak boleh nak describe definasi lawak. Okay merepek disitu. Pelakon sumpah best, very talented. Cerita ni hanya ada kat Gua.com.my jer. Tak panjang pun setiap episod. Highly recommended la weh.

Part ni memang lawak cam vavis :)))

RandomPelbagai: Nak layan Germany VS Spain, tapi takde geng. Okay nak tidur! =D

Monday, July 5, 2010

Eh baru perasan Nuffnang Ads aku hilang boleh? Adoyaiii. Lepas tu sejak bila la aku bela mengkarung hijau kat blog ni. Hahaha takpe2, bagi korang aware sikit untuk bagi komen okeh. Daa~