Wednesday, November 12, 2008

siri 1: DESPERATE HOUSEMATE

oh ya. post ini mengenai beberapa orang housemate saya. kadang kadang boleh jadi gila dan kadang kadang normal. dua sahabat ini sangat rajin. sorang suka kutip rambut yang bersepah dalam rumah, sorang pulak suka menyapu sampah. eh, yang pertama tu pun suka menyapu juga. aktiviti beliau tiap tiap malam sebelum tidur dan sambil menunggu pencuci muka berjenama EMORA kering selama 3 minit. mesti kalian tertanya tanya saya rajin apa bukan? ya, saya menjadi mandur untuk mereka berdua. saya tahu mereka tension sebab tidak adil rasanya saya tidak turut membantu mereka. tapi apakan daya penyapu di rumah ini hanya ada sebatang saja.

ops, lupa pula nak kenalkan. yang pertama tu family panggil dia YA je. dah berpunya dan sangat taat orgnya. suka tergelak dan saya pula suka gelak kan dia. tak, jangan kata saya jahat. maksud saya, saya suke bergelak tawa, bergurau senda, bertepuk tampar, berebut rebut bersama dia.
tapi selalu nya saya banyak mengalah. baik tak saya?
hobi YA tiap minggu suka pegi UO (bukan OU dan tiada kesilapan penulis) bersama ehem ehem.
kami serumah akan berpakat menulis senarai barang yang perlu dibeli dalam sehelai kertas A4 dan mengirim padanya.
oh ya.saya dan dia berkongsi satu hobi yang sama. eh, bukan satu je tapi banyakk. salah satunya tak boleh disebut disini kerana akan menimbul kan kontroversi.eh..syuh syuh.
apa yang saya suka mengenai YA ni kan, dia memahami saya dan berani tegur saya dikala mood pms saya tak stabil, dan suka berebut udang dan sotong dengan saya dalam kue teow sup piqa.

lagi sorang ni pulak segeh namanya. nama tu takde dalam ic apatah lagi surat beranak dia. peminat awal dan kami berkongsi pakwe yang sama. saya suka hilai tawa dia yang menggelikan usus perut saya. kalau tak percaya, cuba buat lawak dengan dia dan try spot kat mana yang best nya hilai tawanya tuh. sahabat time baik mahupon susah. hobi tiap tiap pagi sebelom pegi kelas penuhkan bank dalam rumah padahal dia bukan jenis menyimpan pun. camwhore macam saya juga. nafsu kuat tapi saiz kecil. suka makan dan menyimpan hasrat untuk jadi gemok macam saya.

jangan lupa ikuti cerita selanjutnya dalam siri lain. terima kaseh.


saya dan ya minat RICARDO dalam cerita Marina walaupun dia sangat blur tapi kacak.

4 comments:

segeh es' ngek said...

hahaha...teringin rasanya nk bkenalan ngn kwn2 ko 2...
sgt2 unik ek...heee

Anonymous said...

sy cuma nk bertya..SIAPAKAH YA di dlm "siri 1:housemate saya" itu???begitu menawan perwatakannyer..sy amat berharap saudari dpt memprkenalkan sy dgnnyer suatu hari nt..

yg benar,
peminat YA

pencinta dramatik sepi said...

2 gades tersebot sangat lah misteri.
maaf la yer. identiti terpaksa dirahsiakan sehingga habis siri housemate saya.
tungguuuuuuuuuuu...

Anonymous said...

erm.... knapakah suma org ingin berkenalan dgn kwn2 si PDS tersebut?... saya xberapa faham.. xde yg menarik sgt pn... si segeh n anonymous tlong terangkan...