Okay kita mulakan dengan cerita pertama pada raya pertama (tak boleh jadi ni kenapa macham Nona jugak ni)
Raya kali ni sama je macham tahun tahun lepas. Ziarah rumah saudara, bermaaf maafan (chewaahh), dan paling wajib tahun ni DUIT RAYA. Yes duit raya. Aku dapat lagi woi dapat lagiiiii hahaha sampai adik sakit hati sebab aku dapat lebih dari dia. Ada satu part ni dia boleh nak minta bagi dua lagiiii.
''Ha RM50 tu uda suruh bagi dua. Sorang 25''
''Banyak hensom muka kau. Akak tak dengar pun dia suruh bagi kau. Kau pun dengar sekali kan tadi dia tak cakap apa apa ''
Haha annoying gila kot. Tapi rezeki kan. Takkan aku nak cakap kat diorang tak payah la susah susah sila bagi adik saya kesian dia, saya dah ada JPA pun dah cukup kaya. No no no noooo!
Tapi maybe tahun ni kali terakhir dapat duit raya kalau ada rezeki aku grad tahun depan, dah kerja @ menganggur, bukan aku yang menerima tapi kena bagi la pulak kat budak budak. Ohemjie ramai gila ah anak buah! $$$$
Duit raya di tangan. Yang ni bukan RM50 tu tapi yang lain punya. Sambil tunggu orang lain siap nak berkonvoi. Wohhoo!
Chit chat dengan sepupu. A few of them
Kereta idaman- Caldina. Tehee. Konvoi 5 buah kereta nak pergi rumah adik beradik ayah aku.
Tradisi tiap tiap tahun pada raya kedua, seronok tak terkata sebab time ni tak payah ingat thesis T____T (yeke?)
Tradisi tiap tiap tahun pada raya kedua, seronok tak terkata sebab time ni tak payah ingat thesis T____T (yeke?)
Chit chat dengan sepupu. A few of them
Malam raya kedua tu layan budak budak ni main bunga api, mercun. Aku nak main jugak tapi takde geng sebab semua sepupu dah kawin dan beranak pinak. Yang single lak duduk kat dapur buat air. Aku? Single jugak sebenarnya tapi malas nak pegi dapur. Tehee
Ni masa raya ketiga. Semua orang nak balik dah ke rumah masing masing. Actually tiap tiap tahun kitorang memang balik rumah makngah sebab my granny dah takde. So semua adik beradik berkumpul kat rumah makngah je. Memang happening lah dengan budak budak nya lagi. For sure la diorang lagi seronok kan. Ohhhh noooo I'm growing up!
Before semua balik, ambil gambar dulu. Bukan selalu dapat buat macham ni. Setahun sekali je kot. Ni semua my pakcik dan makcik, sepupu dan suami, isteri dan anak masing masing. Ada ramaaaaaii lagi sebenarnya tapi ada yang dah balik T__T
Nah! Family potrait. Yang hujung sekali tu la adik aku yang sedih habis tu. Serik dan menyesal sebab bagi tahu saudara mara yang dia dah kerja. Hahahaha. My dad and my mum, pembuat kuih tiram yang berjaya. Haha
Tahu semua annoying tengok gambar ni. Mak kat belakang pun annoying sebab aku tak habis habis nak cam-whoring masa drive.
RandomPelbagai: Jemputan rumah terbuka member pun tak dapat nak pergi dengan kerja kerja yang tak habis habis menyibuk. Dah la cuti raya seminggu memang sumpah tak cukup. Aku nak raya lagi laaaaaaaaahh!
Ini cerita PDS, anda pula bagaimana?
No comments:
Post a Comment