Haihh. Memang lain puasa bila dah besar nih. Tanggungjawab sebagai student makin besar dan harapan mak ayah kena tunaikan (aceh, ayat dah macam novel *perasaan touching ditunjukkan)
Aku teringat puasa masa kecil kecil dulu. Nama je anak sulung tapi mengada lebih. Haha. Macam macam betul aku ni. Kalau ada je benda tak kena, permintaan kat mak tak ditunaikan, mulalah nak merajuk. Lepas tu akan ke peti sejuk ugut mak nak bukak puasa. Dah tu, siap keluarkan ais krim milo (air milo yang letak dalam cawan plastik pastu bagi keras dalam fridge tu) dan tunjuk kat mak.
Kalau mak tak bagi, orang nak bukak pose! (sambil buat muka nak mintak kena sepak)
Annoying kan? Haha sedih tahu tak mak aku tak peduli langsung. T____T
Eksyen je lebih. Tapi tak jadi bukak puasa pun. Teehee. Budak budak. Sebudak budak aku pun, aku tahu nanti berdosa kalau mengada ngada buat perangai macham tu* tunjuk ibu jari isyarat bagus.
No comments:
Post a Comment