Sunday, November 16, 2008

siri 2 : DESPERATE HOUSEMATES

Khas untukmu YA...terlebih dahulu aku nak maklumkan yang aku tak kan sebut nama kau dalam siri ini. diharapkan dengan tindakan aku ini, janganlah kau mengeruhkan lagi kemesraan yang terjalin di antara kita. Aku tahu kau gilakan publisiti murahan tapi ada cara lain yang kau boleh buat sendiri selain aku perlu menyebut nama kau disini.



Ah.tak harus aku terus pujuk kau setelah kau memburuk kan reputasi aku di cbox tersebut. Apatah lagi setelah kau baca entri ini yang akan menyelitkan unsur unsur khianat pada kau.

Kita mulakan cerita dengan aku kenalkan gadis kecil molek lagi halus telus dan mulus. Bersuara lunak, halus lagi dan dikenali ramai kerana kesuaraannya. Buat masa sekarang tak pernah terkantoi lagi bila nak tengok wayang berklasifikasi 18PL dan sebagainya gara gara masalah ketinggian dan paras rupa. Mampu study non-stop dari pagi sampai malam di musim study week. Bagi orang lain mungkin anggap normal. Ala, biasa la kan masa study week la nak berguling guling habiskan handouts dan sebagainya kan. Tapi bagi aku ianya kegerunan. Tak reti la weh nak buat camtu woo. Walaupun saiz nya kerdil, tapi bunyi bersin nya masyaAllah.

Pernah jadi idola aku,yelah bermotivasi tinggi. Tapi aku sedar aku tak kuat dan tak mampu nak jadi macam dia. Sebab aku suka tengok tv, tapi dia tak. Aku suka makan banyak, tapi dia makan sikit. Aku suka bangun lambat, tapi dia sebelum subuh dah terpacak atas kerusi biru itu. Aku kuat tidur tapi dia kuat belajar. Kesimpulannya aku bukan rajin. Mengajuk suara dia hobi aku. Itulah sahaja cara kau akan mengenang aku bila kau di Kedah dan aku di KL nanti.

Sasarannya aku seterusnya keturunan jawa. Minat bahulu mak Wani macam aku jugak. Nasib baik kau tak minat bahulu sangat kan YA. Kalau tak, bahagian kami pun mesti kau nak jugak.
Rasanya ada yang dapat agak siapa dia ni. Alang alang dah tahu, aku panggil dia ni Piqa je lah. Pun rajin jugak macam yang tadi. Tiap tiap hari tidur mesti kena cukup 6 jam dan tak suka biological clock nya diganggu. Partner gossip aku yang paling rapat sekali. Cakap je la nak cerita pasal siapa, no hal punya lah. Kan Piqa? Orang nampak je dia ni skema skema kucing, tapi lebih kurang aku juga. Boleh jadi partner duet lagi tuh. Kalau aku minat Afgan, tapi dia nih minat orang kampung aku, Nubhan (ceh, baru sekarang nak ngaku yang kau ni orang nogori PDS).

Mangsa yang terakhir ni suka sangat dengan apa saja jenis hiburan berkaitan Korea. Hero Korea, drama Korea, movie Korea, lagu Korea, gameshow Korea dan adik beradik yang senegara dengannya. Aku pun tak paham apa yang best nya entah. Huhu. Lirik lagu pun siap hafal tu beb!
Dia ni agak ter'isolate' dari kitorang. Bukan sebab dia antisosial, bukan jugak sebab dia sengaja dikurung kerana mental. Tapi sebab dah takde bilik lain dah nak tempatkan dia tidur. Aku suka kawan dengan dia nih sebab mak dia selalu bagi kitorang bahulu. Tapi dia ni tak suka sangat bahulu. Tapi takpe la kan, boleh kitorang habiskan bahulu kau tuh Wani. lagi satu pasal Wani nih, dia agak gerun bila tengok muka hantu walaupun hantu Niyang Rapik yang memang sepatutnya dah kebal bila tengok muka muka diorang ni sebab dah selalu sangat muncul sampai boleh jadi tak seram dah. Kalau aku dengan Ya terjerit jerit gedik masa tengok cerita ni pun dia marah sebab takut dengar padahal dia bukan tengok pun. Iye kan aje lah kan.

Cerita dah habis walaupun takde penutup. Lantak lah. Kepada Wani, no offence ok. Love peace no war.
Tingkatkan prestasi, kurangkan kontroversi~END~

4 comments:

Anonymous said...

Assalamualaikum....
saya sgt kagum dgn siri 2 desperate housemates PDS ni...
especially yg gadis kecil molek tu.. moga2 kerajinannye itu akan berterusan...
n kpada yg 2nd, piqa... teringin rasa nk berkenalan dgn beliau...
saya suka org yg suka bergosip ni.. boleh PDS tnyakan sudikah beliau menjdi teman gosip saya?..
kerjasama anda amat diharapkan..
n yg last sekali, wani eh?..
saya kasihankan dia kerna bahulu yg dbawanye menjadi habuan org lain. xpe.. at least beliau dapat trunkan berat badan coz kuih bahulu tu bnyk gne telur.. seperti mana yg kita maklum, telur bnyk kolesterol.. so, saya nasihatkan kpada PDS n piqa kurangkan bahulu ye...

PDS... teruskan menulis blog ni ya..

pencinta dramatik sepi said...

terima kasih di atas sokongan tanpa nama diatas.
saya akan cuba aturkan janjitemu untuk kamu ya!

Joi said...

wow...
gle skema komen
cam karangan lak
hahha

pencinta dramatik sepi said...

haha.da lame tak praktis bahasa melayu setelah sekian lama meninggalkan subjek tersebut. Pn Maha pasti kecewa jika kita tidak mengamalkan nya.hahahah!