Friday, August 21, 2009

Esok raya ke puasa weh?

Antara gelagat orang bila nak sambut puasa

1. Letak status kat Facebook mengucapkan ''selamat puasa; happy ramadhan; aku offline sambut buka bpuasa kat rumah; away, sahur dengan mak ayah kat rumah; nak balik minum air tebu dengan jiran; jom last clubbing sebelum ramadhan (ni aku tipu. Sumpah)'' etc etc. Okay aku tak ketinggalan juga nak letak kat Facebook.

2. Hantar mesej kat kawan-kawan lama (kawan sekolah sampai matriks) wish selamat berpuasa.

3. Pasang lagu raya untuk menghilangkan mood exam dan menghangatkan suasana puasa.

4. Cerita mengenai pengalaman berpuasa di kampung halaman kepada teman sebilik atau serumah termasuk cerita kirim kad raya kat abang senior tak berbalas, tertumpah air bandung untuk diberi kepada jiran, terBuka puasa 5 minit lebih awal, baca majalah Ujang untuk menghilangkan rasa lapar etc.

5. Pesan kat teman serumah (housemates) untuk beli stok makanan sebulan termasuk buah kurma Yusuf Taiyub

6. Buat jadual memasak secara bergilir-gilir untuk kegunaan setiap hari (sesuai dipraktiskan masa minggu klinikal. Masa minggu tade klinikal buat secara gotong-royong. Tapi aku jadi ma'am je lah)

7. Ajak kawan-kawan lepak makan-makan kat luar pada hari terkahir sebelum berpuasa keesokan harinya selepas tarawikh @ lepas tengok Nur Kasih T__T

8. Pakat nak tukar langsir tahun ni selain kaler biru. T__T Hahaha tipu je nanti takde kerja boleh buat.

1 comment:

juwe said...

haha..mcm ckp kt diri sendiri je..hehe