Sunday, August 30, 2009

Jiwa kosong

Bila balik kolej je mesti ada rasa malas.
Malas. Tak kisah lah malas apa.
Malas for everything. Rasa macham perasaan yang entah apa-apa, tak happening langsung.
Jiwa yang tak happening korang boleh faham tak (haha semak nak marah orang pulak)
Rasa lemas dan ... erghh. Bosan la duduk sini.

Nak balik dan tak nak buat pekerjaan apa-apa seperti student lain buat.

Kalaulah dapat balik ke zaman dulu. Err I mean waktu kecil-kecil, masa sekolah yang tak pernah stress langsung. Stress masa PMR dan SPM je kot.

Ohh. How I miss u guys T____T

Friday, August 21, 2009

Esok raya ke puasa weh?

Antara gelagat orang bila nak sambut puasa

1. Letak status kat Facebook mengucapkan ''selamat puasa; happy ramadhan; aku offline sambut buka bpuasa kat rumah; away, sahur dengan mak ayah kat rumah; nak balik minum air tebu dengan jiran; jom last clubbing sebelum ramadhan (ni aku tipu. Sumpah)'' etc etc. Okay aku tak ketinggalan juga nak letak kat Facebook.

2. Hantar mesej kat kawan-kawan lama (kawan sekolah sampai matriks) wish selamat berpuasa.

3. Pasang lagu raya untuk menghilangkan mood exam dan menghangatkan suasana puasa.

4. Cerita mengenai pengalaman berpuasa di kampung halaman kepada teman sebilik atau serumah termasuk cerita kirim kad raya kat abang senior tak berbalas, tertumpah air bandung untuk diberi kepada jiran, terBuka puasa 5 minit lebih awal, baca majalah Ujang untuk menghilangkan rasa lapar etc.

5. Pesan kat teman serumah (housemates) untuk beli stok makanan sebulan termasuk buah kurma Yusuf Taiyub

6. Buat jadual memasak secara bergilir-gilir untuk kegunaan setiap hari (sesuai dipraktiskan masa minggu klinikal. Masa minggu tade klinikal buat secara gotong-royong. Tapi aku jadi ma'am je lah)

7. Ajak kawan-kawan lepak makan-makan kat luar pada hari terkahir sebelum berpuasa keesokan harinya selepas tarawikh @ lepas tengok Nur Kasih T__T

8. Pakat nak tukar langsir tahun ni selain kaler biru. T__T Hahaha tipu je nanti takde kerja boleh buat.

Saturday, August 15, 2009

Aku pun nak pakai jubah jugak

Seronok weh tengok senior dah grad. Sumpah aku dengki macam eh why why aku tak grad lagi eh why why aku kena belajar lagi. Bila fikir balik (tak perlu kot fikir sebab kau belum layak woh), yep katakan sekarang aku dah start posting kat mana mana celah kat Malaysia ni pastu kau kena dispens ubat kat patient. Kau reti buat ke PDS? Tak pun kau kena buat ubat sitotoksik bagi kat cancer patient, silap silap haribulan kau pulak yang kena kanser.

Dan lagi satu contoh yang kau perlu sedar PDS, katakan satu hari kau pergi buat ward round dengan doktor pastu beliau tanya dos yang sesuai, adverse drug reaction, drug elimination dan segala farmakokinetik apa kau nak jawab weh. Takkan nak jawab "hsgtqkkwpksnxm kdj apa ni doc i tak pernah dengar pun, lecturer I tak pernah ajar pun". Lagi "eh why I tak pernah dengar pun nama ubat ni, kenapa u lagi tahu dari I" Malu dol kena boo dengan doktor tu nanti T_T (tu pasal ada simulasi dan sangkutan. Dah tak payah merungut lagi)


Haaaaaa. Itu pasal kau tak layak nak grad lagi. Haha. Masih jauh lagi perjalanan. Masih banyak lagi ranjau dan onak duri nan berliku yang perlu ditempuh (ayat semangat).
PUNAH SUDAH.

Friday, August 14, 2009

Emo

Kadang kadang orang tak tahu apa kita rasa. Mungkin orang akan cakap yang kita ni takde perasaan, takde hati perut dan bla bla bla. Because some people used to know me as TAK-PERNAH-ADA-PERASAAN-PERSON. Yelah. Luaran memang nampak aku happy tapi takde siapa siapa tahu dalaman aku. Ok, sila boo aku sekarang.T.T

Bila senyap tak bermakna kita tak rasa apa apa. Sebab aku macam tu. Memang betul kata arwah Yus masa zaman sekolah dulu. Aku pemendam. Dulu memang tak seketara sekarang. YA. SEKARANG. Banyak benda yang aku fikirkan bila aku memerhati. Aku merasa, aku memikir, tapi aku tak luahkan. Aku tak luahkan sebab dalam masa yang sama aku cuba nak jadi positif. Tak nak fikir yang bukan bukan. Biar aku sorang je yang tahu apa yang aku fikir.

Untuk jaga hati semua orang, tapi dalam masa yang sama mungkin melukakan hati orang, baik aku senyap tak cakap apa apa yang aku rasa. Macam selfish kan?
Biarlah apa orang nak kata... Aku sorang je yang tahu apa yang aku rasa.

Let time heals everything. Amin.

Saturday, August 8, 2009

I know u want me, u know I want cha

Macam biasa have fun, gelak gelak, gossip gossip, shopping, sampai rasa tanak balik kolej.
Dan tak lupa seperti tiada apa berlaku pada minggu seterusnya. Maksud I, minggu KLINIKAL T_T.


Orang gila gila yang PDS sayang









Kita jumpa lagi di lain segmeennn :)

Thursday, August 6, 2009

This one <----is sooooooo sweeeet. Trust me.

Kelik jangan tak kelik.


Bai bai.