Saturday, November 29, 2008

Post Exam Event

Berlokasikan di Midvalley Megamall, Bangsar. Mari lihat siapa mereka ini.



Wanie. Obses terhadap pink dan putih.



Piqa dan Segeh. Minum tak ajak. Ok.

Izni. Nasib baik tengok Madagascar berklasifikasi U je hari tu.


Segeh. Gadis bumi kenyalang. Ewah ewah. Sambil menyanyi lagu Sarawak.


Memperkenalkan...Ya a.k.a Ros.


Krew krew yang menjayakan siri Desperate Housemates :)


Malam kelmarin kirim Happy Meal Mcdonald kat Ya sebab dapat toy free. Dapatlah makhluk sekor nih. Character lain semua dah habis. King Julien je yang tinggal. Boleh la daripada takde kan.


Nyet nyet. Saya King Julien!

Uuh uhh (sebut dengan gaya Shin Chan). Madagascar cerita kartun yang best. Siapa siapa yang baru putus cinta, mari hiburkan hati anda seketika dengan menonton cerita ini. Lagu dia pun sedap. Nah, layaaaaannnn.





Friday, November 28, 2008

Menyahut Seruan Senarai Kesyukuran Hanis Zalikha

1. Saya bersyukur exam yang tak berapa best dah habis.

2. Saya bersyukur Mohd Izuan sangat penyabar dengan perangai saya yang tak terjangka.

3. Saya bersyukur dilahirkan cukup sifat dan anggota.

4. Saya bersyukur sebab saya paling tinggi di kalangan housemate2 saya.

5. Saya bersyukur ada sedara mara yang sangat caring dengan saya dan keluarga.

6. Saya bersyukur boleh dapat mcd dengan senang sebab tinggal di tengah tengah bandar.

7. Saya bersyukur baju lama saya masih muat untuk dipakai lagi sedangkan berat dah naik berkilo kilo.

8. Saya bersyukur duit raya saya tiap tahun melebihi adik saya walaupun saya dah besar panjang.

9. Saya bersyukur sedara saya tak mengira ketinggian saya bila pikir nak bagi duit raya.

10. Saya bersyukur mak ngah selalu bank in kan saya duit tiap tiap bulan.

11. Saya bersyukur dilahirkan dalam Islam.

12. Saya bersyukur saya boleh memandu laju di malam hari tanpa memakai kaca mata.

13. Saya bersyukur mak saya pandai masak. Disebabkan itu, ramai sedara saya puji masakan beliau dan tak pernah miss nak datang raya rumah tiap tiap tahun.

14. Saya bersyukur saya masih ada perasaan sayang kat adik saya walaupun dia sangat lah nakal yang teramat.

15. Saya bersyukur tinggal lagi 3 sem je untuk tamatkan pengajian saya.

16. Saya bersyukur saya tak lampi bila berborak dengan kawan kawan saya.

17. Saya bersyukur suara saya bila menyanyi tak teruk sangat.

18. Saya bersyukur saya tak pernah fail masa amik lesen kereta dulu dulu.

19. Saya bersyukur boleh memandu di lorong laju di lebuhraya dengan selamat. Alhamdulillah.

20. Saya bersyukur Afgan lagi muda dari saya.

21. Saya bersyukur Yanie selalu lupa tuntut bila saya dah janji nak belanja dia makan.

22. Saya bersyukur Melissa masih ingatkan saya sedangkan kitorang dah 10 tahun lost contact.

23. Saya bersyukur Mohd Izuan dah balik Alor Star dan tak kan balik Kuching lagi dah.

24. Saya bersyukur rumah saya dekat dengan hospital, shopping mall, Mydin, Tesco Extra dan pasar borong dan akan datang Fakulti Perubatan UiTM(takde kepentingan pun tapi saja nak sebut) . Senang lah nak cari barang kan tanpa perlu bersesak sesak kat jalan raya.

25. Saya bersyukur ada je orang yang akan temankan saya shopping(tapi nak belanja saya belum lagi.sob sob).

26. Saya bersyukur saya boleh membaca dan menulis jawi dengan baik.

27. Saya bersyukur saya pandai buat nasi goreng yang setanding dengan mak
saya punya.

28. Saya bersyukur ada orang puji biskut short break saya masa raya lepas walaupun baru je first time buat.

29. Saya bersyukur kuih
tiram @ kapal terbang @ lidah buaya yang mak saya buat sedap sampai Kak Julie tempah berkilo kilo kat mak.

30. Saya bersyukur saya dah tak gaduh gaduh dengan adik saya dah.

31. Saya bersyukur ada Ain yang selalu layan saya bila saya nak mengarut dan mencarut.

32. Saya bersyukur Ain sahabat baik saya yang suka mendengar, membebel, dan memberi nasihat dikala duka dan suka.

33. Saya bersyukur Ya ajar saya jahit manik dan ramai sukakan jahitan manik saya walaupun baru kali pertama mencuba.

34. Saya bersyukur saya ada 3 pengalaman bekerja yang sedikit sebanyak akan membantu saya diwaktu alam pekerjaan nanti.

35. Saya bersyukur Mohd Izuan seorang yang lawak.

36. Saya bersyukur Selayang dengan kolej saya tak jauh. Boleh lah balik rumah sesuka hati bila rasa perlu.

37. Saya bersyukur rumah saya dekat dengan panggung wayang. Kalau jalan kaki setengah jam je dah sampai.

38. Saya bersyukur saya masih menyimpan duit walaupun saya seorang yang boros.

39. Saya bersyukur Mcflurry cornetto chocolate sangat sedap dan senang didapati.

40. Saya bersyukur saya rakyat Malaysia yang sentiasa penuh dengan keharmonian.

41. Saya bersyukur saya boleh kemana saja di Malaysia ni tanpa risaukan pengeboman, penunjuk perasaan dan reformasi.

42. Saya bersyukur saya tidak merokok dan tidak terlalu 'bersosial'.

43. Saya bersyukur keluarga saya sayangkan saya.

44. Saya bersyukur rumah saya ada penyedut hampagas. Jadi saya tak perlu menyapu sampah dengan asyik terbersin lagi.

45. Saya bersyukur saya boleh berjalan dengan lajunya walaupun masa tengah shopping.

46. Saya bersyukur sebab sihat tubuh badan, tidak menghidapi penyakit kronik dan tidak pernah menghidap penyakit akut. Alhamdulillah.

47. Saya bersyukur si dia bukan lah seorang perokok sebab tak suka asap rokok.

48. Saya bersyukur saya pernah keluar dengan Abg Pie dan Kak Jijie dan saya boleh menerima lawak Abg Pie.

49. Saya bersyukur pernah fail subjek Math masa darjah 4. Dari situ lah saya belajar dari kegagalan dan berusaha hafal sifir sampai dapat markah 90 masa exam darjah 5.

50. Saya bersyukur anda masih membaca senarai kesyukuran saya ni.

51. Saya bersyukur Ain masih bersama Fendi dan Amar masih sayangkan Yanie sebab mereka lelaki yang baik.

52. Saya bersyukur harga minyak petrol dah turun walaupun tak berapa nak memuaskan. Tapi takpe, masih boleh diterima.

53. Saya bersyukur saya boleh bercakap kuat dalam kelas dan boleh didengari seramai 89 orang.

54. Saya bersyukur masa perjalanan dari KL ke Negeri Sembilan hanya 3 jam.

55. Saya bersyukur sebab banyak lagi nikmat yang saya boleh bersyukur.

Andai kata salah satu nikmat diatas ditarik, saya masih bersyukur sebab saya masih ada 54 nikmat yang boleh disyukuri.

Mangsa TAG saya adalah Segeh dan Fauzul.*wink wink*. Silalah buat jika nama anda adalah seperti yang disebut. Nama yang tak disebut pun boleh buat dan kongsilah rasa kesyukuran anda dengan rakan rakan :)

Sunday, November 16, 2008

siri 2 : DESPERATE HOUSEMATES

Khas untukmu YA...terlebih dahulu aku nak maklumkan yang aku tak kan sebut nama kau dalam siri ini. diharapkan dengan tindakan aku ini, janganlah kau mengeruhkan lagi kemesraan yang terjalin di antara kita. Aku tahu kau gilakan publisiti murahan tapi ada cara lain yang kau boleh buat sendiri selain aku perlu menyebut nama kau disini.



Ah.tak harus aku terus pujuk kau setelah kau memburuk kan reputasi aku di cbox tersebut. Apatah lagi setelah kau baca entri ini yang akan menyelitkan unsur unsur khianat pada kau.

Kita mulakan cerita dengan aku kenalkan gadis kecil molek lagi halus telus dan mulus. Bersuara lunak, halus lagi dan dikenali ramai kerana kesuaraannya. Buat masa sekarang tak pernah terkantoi lagi bila nak tengok wayang berklasifikasi 18PL dan sebagainya gara gara masalah ketinggian dan paras rupa. Mampu study non-stop dari pagi sampai malam di musim study week. Bagi orang lain mungkin anggap normal. Ala, biasa la kan masa study week la nak berguling guling habiskan handouts dan sebagainya kan. Tapi bagi aku ianya kegerunan. Tak reti la weh nak buat camtu woo. Walaupun saiz nya kerdil, tapi bunyi bersin nya masyaAllah.

Pernah jadi idola aku,yelah bermotivasi tinggi. Tapi aku sedar aku tak kuat dan tak mampu nak jadi macam dia. Sebab aku suka tengok tv, tapi dia tak. Aku suka makan banyak, tapi dia makan sikit. Aku suka bangun lambat, tapi dia sebelum subuh dah terpacak atas kerusi biru itu. Aku kuat tidur tapi dia kuat belajar. Kesimpulannya aku bukan rajin. Mengajuk suara dia hobi aku. Itulah sahaja cara kau akan mengenang aku bila kau di Kedah dan aku di KL nanti.

Sasarannya aku seterusnya keturunan jawa. Minat bahulu mak Wani macam aku jugak. Nasib baik kau tak minat bahulu sangat kan YA. Kalau tak, bahagian kami pun mesti kau nak jugak.
Rasanya ada yang dapat agak siapa dia ni. Alang alang dah tahu, aku panggil dia ni Piqa je lah. Pun rajin jugak macam yang tadi. Tiap tiap hari tidur mesti kena cukup 6 jam dan tak suka biological clock nya diganggu. Partner gossip aku yang paling rapat sekali. Cakap je la nak cerita pasal siapa, no hal punya lah. Kan Piqa? Orang nampak je dia ni skema skema kucing, tapi lebih kurang aku juga. Boleh jadi partner duet lagi tuh. Kalau aku minat Afgan, tapi dia nih minat orang kampung aku, Nubhan (ceh, baru sekarang nak ngaku yang kau ni orang nogori PDS).

Mangsa yang terakhir ni suka sangat dengan apa saja jenis hiburan berkaitan Korea. Hero Korea, drama Korea, movie Korea, lagu Korea, gameshow Korea dan adik beradik yang senegara dengannya. Aku pun tak paham apa yang best nya entah. Huhu. Lirik lagu pun siap hafal tu beb!
Dia ni agak ter'isolate' dari kitorang. Bukan sebab dia antisosial, bukan jugak sebab dia sengaja dikurung kerana mental. Tapi sebab dah takde bilik lain dah nak tempatkan dia tidur. Aku suka kawan dengan dia nih sebab mak dia selalu bagi kitorang bahulu. Tapi dia ni tak suka sangat bahulu. Tapi takpe la kan, boleh kitorang habiskan bahulu kau tuh Wani. lagi satu pasal Wani nih, dia agak gerun bila tengok muka hantu walaupun hantu Niyang Rapik yang memang sepatutnya dah kebal bila tengok muka muka diorang ni sebab dah selalu sangat muncul sampai boleh jadi tak seram dah. Kalau aku dengan Ya terjerit jerit gedik masa tengok cerita ni pun dia marah sebab takut dengar padahal dia bukan tengok pun. Iye kan aje lah kan.

Cerita dah habis walaupun takde penutup. Lantak lah. Kepada Wani, no offence ok. Love peace no war.
Tingkatkan prestasi, kurangkan kontroversi~END~
to my loyal readers---->rasa nak termuntah tak dengar?
siri 2: desperate housemate in progress
wahahaha

Saturday, November 15, 2008

oh Afgan.;))))

Friday, November 14, 2008

Gila kentang.

Insiden ni berlaku jam 11.30 malam lepas mamat mcdelivery selesai siapkan tugasnya. Aku dan Y yang dari petang asyik mengidam 'nak mcd nak mcd' macam orang baru nak masuk trimester kedua. Aku yang memang dah ketagih makanan segera yang boleh membuntalkan aku ni tak kisah berhabis duit kalau pasal mcd ni. Lalu panggilan pun dibuat. Siap.

Lapar punya pasal, Segeh pun sampai tak kenal 'ketchup' dengan 'kicap'. Aku yang baru kunyah sebatang kentang 'shake shake' tersedak gara gara ketawa terbahak bahak melihat gelagat Segeh dengan muka basinya bila tengok yang keluar dari peket sos tu adalah 'ketchup' bukannya 'kicap'. Ada lagi satu cerita yang menggelikan hati aku sampai kalau teringat cerita ni kat bilik air pun aku boleh mengilai sorang sorang. Cerita kentang Y aku panggil (maklumlah baru merasa kentang belian duit sendiri ). Si Y ni jumpa (takde lah jumpa sangat pon) sebatang kentang ni kat atas tikar tempat kami ni melahap. Lalu cepat cepatlah direbutnya kentang hak milik sendiri tu sebab takut aku akan merampasnya dulu (betul tak Y?). Maklumlah kami ni memang perebut dalam semua benda. Ah.tak kesah lah ape ape pon. Gelagat kau ni kan Y membuatkan aku terguling guling membahak bahak kan kau Y (kau tak marah kan aku gelak kan kau Y?). Sorry kepada jiran sebelah kiri, kanan, atas, dan bawah rumah kalau tiba tiba je terdengar hilaian 4orang permpuan gedik yang berada di tempat kejadian...

Haha. Ada lagi satu cerita pasal malam tu tapi aku tak kan tulis kat sini sebab aku tak nak membuka pekung di dada (cerita diri sendiri, sendiri mau ingat lah beb). Hoho. Eh. Suka hati aku lah nak tulis ke tak nak. Ni kan blog aku. Tu je nak cakap. Tata.

Thursday, November 13, 2008

hujah 1: orang malas selalu rugi.
hujah 2: jangan rugi macam saya.

kesimpulan: saya orang yang malas.
Y: kau punya berapa?
S: rm 4.50. kau?
W: rm 4.50? ape je yang kau ambik. mahal nya.
S: entah. akak tu tak reti kira kot.
Y: aku punya lagi murah. rm 3.00

dialog hari hari rakan serumah bila beli lunch kat Johan seafood.
kalau 7 hari dah tak skipping
berapa kilo berat akan bertambah ?
jom makan coklat. salah satu terapi untuk hilangkan tension saya pasal statistik tadi. nasib baik ada segeh temankan beli coklat cadbury chocettes kat 7-eleven tadi. sedap sampai YA pun nak satu.

kau nak lagi YA?

sorry lah dah habis.

Wednesday, November 12, 2008

siri 1: DESPERATE HOUSEMATE

oh ya. post ini mengenai beberapa orang housemate saya. kadang kadang boleh jadi gila dan kadang kadang normal. dua sahabat ini sangat rajin. sorang suka kutip rambut yang bersepah dalam rumah, sorang pulak suka menyapu sampah. eh, yang pertama tu pun suka menyapu juga. aktiviti beliau tiap tiap malam sebelum tidur dan sambil menunggu pencuci muka berjenama EMORA kering selama 3 minit. mesti kalian tertanya tanya saya rajin apa bukan? ya, saya menjadi mandur untuk mereka berdua. saya tahu mereka tension sebab tidak adil rasanya saya tidak turut membantu mereka. tapi apakan daya penyapu di rumah ini hanya ada sebatang saja.

ops, lupa pula nak kenalkan. yang pertama tu family panggil dia YA je. dah berpunya dan sangat taat orgnya. suka tergelak dan saya pula suka gelak kan dia. tak, jangan kata saya jahat. maksud saya, saya suke bergelak tawa, bergurau senda, bertepuk tampar, berebut rebut bersama dia.
tapi selalu nya saya banyak mengalah. baik tak saya?
hobi YA tiap minggu suka pegi UO (bukan OU dan tiada kesilapan penulis) bersama ehem ehem.
kami serumah akan berpakat menulis senarai barang yang perlu dibeli dalam sehelai kertas A4 dan mengirim padanya.
oh ya.saya dan dia berkongsi satu hobi yang sama. eh, bukan satu je tapi banyakk. salah satunya tak boleh disebut disini kerana akan menimbul kan kontroversi.eh..syuh syuh.
apa yang saya suka mengenai YA ni kan, dia memahami saya dan berani tegur saya dikala mood pms saya tak stabil, dan suka berebut udang dan sotong dengan saya dalam kue teow sup piqa.

lagi sorang ni pulak segeh namanya. nama tu takde dalam ic apatah lagi surat beranak dia. peminat awal dan kami berkongsi pakwe yang sama. saya suka hilai tawa dia yang menggelikan usus perut saya. kalau tak percaya, cuba buat lawak dengan dia dan try spot kat mana yang best nya hilai tawanya tuh. sahabat time baik mahupon susah. hobi tiap tiap pagi sebelom pegi kelas penuhkan bank dalam rumah padahal dia bukan jenis menyimpan pun. camwhore macam saya juga. nafsu kuat tapi saiz kecil. suka makan dan menyimpan hasrat untuk jadi gemok macam saya.

jangan lupa ikuti cerita selanjutnya dalam siri lain. terima kaseh.


saya dan ya minat RICARDO dalam cerita Marina walaupun dia sangat blur tapi kacak.

Tuesday, November 11, 2008

dull.

huh. orang kata student life ni best. tapi aku rasa kadang kadang macam tak best ke apa. nak cari geng yang boleh main kaler kaler kan life aku nih. anyone?? huhu. apa kata kita cuba something yang pelik. sasaran aku pasni ain and yaniiii!jom jom.kita main jongkang jongkit [betul ke spelling nih] bagi orang lain benda ni tak pelik kot.tapi siyes aku nak jadi budak hingusan yang leka ngan taman permainan selalu main petang petang kat taman tak pon main kat tadika masa rehat.

oh. mungkin aku cakap student life tak best time exam je kott. sebab stress agaknya. sungguh kau sangat berguna wahai cortisol.

tu je nak cakap.byebye

aku tak mahu gagal.

iskkk. teruknya exam kali niii!!
sumpah aku tak suka AF. kenapa kena belaja AF??????? study separuh mati [bukan macam nak mati ok] tapi soalan yang keluar ntah ape ape. serious aku tanak repeat paper nih. aku nak habis study cepat. malas dah nak belajauuu. sungguh kau takde keazaman pds.
ah. peduli apa kata orang.

apa nihh? selak selak kertas soalan tade pon soalan past years? hah, padan muka kau. rasa nak menangis, tapi air mata taknak keluar. aduss..tak adil nya dunia. bagi lah soalan yang senang senang sikit. kenapa soalan tahun lepas lagi senang dari tahun ni? gila tak adil.


aku sorang je ke yang gila jawab paper nih?
sob sob*

Friday, November 7, 2008

oh exam.

5 papers left !
Analisis Farmaseutikal II
Statistik
Penjagaan Farmaseutikal
Sistem Pusat & Terapi
Farmakokinetik & Biofarmaseutik






*cepat la habis exam cepatlaa*

Thursday, November 6, 2008

indahnya itu.

weee.
hari ni baru habis 2 paper. tapi ramai jugak yang enjoy macam dah habis semua paper.
bwahaha. burden gila kot 7 paper. lagi 5 paper dah tercungap. study pon malas lagi. bila kelua result baru nak menyesal. tu baru dipanggil manusia. hahaha.
macam biasa, tradisi lama masih diamalkan. tiap kali habis final, enjoooyyyyyyyyyy!!
kena list out agenda masa cuti bersama kesayangankuuuuu and shop shop shop!!hahaha.terapi paling penting kotttt.paling penting sekali..aku nak jumpa semua budak einsteeiiinnn!!weeeeee~~

lalala.

sangat suke tengok dia nih makan.
baru makan sikit dah kenyang. oh.patutla kamu kurus kan?kan? tak macam saya,kuat makan!mana nya tak bulat. da bulat sebok nak slim.aduhh...seksanya...
hehe.





















sukanya tadi dah happy2 balik. adat la kan ada pasang surut. to joi~i owe u a lotsss!thanx dude~

Wednesday, November 5, 2008

"selamat tinggal kuching, selamat datang alor star"


cinta jarak yang tak lah jauh, tak jugak dekat. sedang-sedang sudah.


selamat datang ke semenanjung :)

Tuesday, November 4, 2008

buzz

masa tengah lepak-lepak, terfikir cakap-cakap nih.

bila setahun rasa macam sebulan
bila sebulan rasa macam sehari
bila sehari rasa macam sejam
bila sejam rasa macam seminit
bila seminit rasa macam sesaat
bila sesaat rasa macam angin laluu

itu tandanya kiamat dah dekat.


~~bila la nak berubah ni oii~~